Zoo Melaka

Melaka Zoo and Night Safari

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat lebih dari 1,200 ekor haiwan yang terdiri dari 214 spesies haiwan yang boleh ditemui di Asia Tenggara, Australia dan Afrika secara semula jadi.

Zoo ini pernah dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 hektar di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka dan kemudian pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979 dan kemudian diambil alih oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Kini zoo ini telah di swastakan pada tahun 2013 di bawah kendalian Konsortium KKW Sdn Bhd.

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia.

Dahulu, antara tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa tetapi kini tarikan utama Zoo Melaka adalah harimau putih, gajah, harimau belang, mandril dan Dinasour Encounter. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di sekitar waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggu masa untuk makan.

Antara tarikan lain di Zoo Melaka ialah, haiwan Afrika seperti zirafah, impala, kuda belang, lemur, seladang, badak sumbu putih dan buaya.

Zoo Melaka bukan sahaja mempamerkan haiwan untuk dijadikan sebahagian dari usaha memelihara, malah turut berjaya membiakkan beberapa spesies haiwan dan turut menghantarkannya ke luar negara sebagai salah satu usaha untuk memastikan kepelbagaian genetik dan terlibat dalam program pembiakan konservasi bagi spesies yang terancam.

Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

Talian Am 1 : +606 - 232 3773
Talian Am 2 : +606 - 232 2778

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 19 Julai 2024.
01798189
Today: 231

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)