+606 232 3773

ISNIN - JUMAAT : 08:00AM - 05:00PM

Fungsi

Image

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berperanan yang penting di dalam memaju dan membangunkan kawasan pentadbirannya. Antara peranan terpenting Majlis ialah seperti berikut :

01
Merancang, mengawal dan menggalakkan pembangunan kawasan perbandaran sesuai dengan undang-undang dan dasar-dasar pembangunan Negeri dan Negara.
02
Menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, perparitan, lampu-lampu jalan, pasar, gerai, tandas awam, perhentian bas dan teksi serta lain-lain.
03
Menyelia perkhidmatan bandaraya dan kesihatan umum kepada penduduk-penduduk seperti perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sisa pepejal, pelupusan najis, pembersihan, jalan, parit dan lain-lain.
04
Mengawasi kesihatan awam dengan mengawal pengendali makanan, mencegah penyakit berjangkit, memusnahkan serangga makhluk perosak dan sebagainya.
05
Merancang dan melaksanakan projek-projek pengindahan dan kebersihan bandar dan tempat-tempat pelancongan.
06
Menyedia dan menyelenggara kompleks-kompleks sukan, pusat-pusat rekreasi, taman-taman dan lain-lain kemudahan bandar.
07
Merancang menggalakkan aktiviti perdagangan, perindustrian dan pelancongan bersesuaian dengan strategi pembangunan negeri.
08
Merancang dan menggalakkan pembangunan sektor perniagaan dengan cara mengadakan kemudahan tambahan dan pengeluaran lesen-lesen premis perniagaan.
Pin It
Pelawat Dari Jan 2022
01538270
Today: 350
  • Kemaskini Terakhir : Khamis 30 Jun 2022.
logo ypkt footer

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka.

GPS : 2°13'56.0"N 102°16'55.7"E

Talian Am : +606 - 232 3773 / +606 - 232 2778
e-Mel : admin@mphtj.gov.my