Perutusan YDP

Image

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

BERMULANYA 2023, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang berganding bahu bersama saya untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke-4 di Melaka dalam erti kata lain, membuat penambahbaikan di atas kesinambungan kejayaan yang diperolehi selama 13 tahun sejak penubuhannya 1 Januari 2010.

Misi  untuk menjadi salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang dan terbaik di negara ini, antara tumpuan utama saya sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kesembilan. Sebagai PBT yang terletak dalam pusat pentadbiran kerajaan negeri dan menjurus kawasan bandaraya, beliau menegaskan, imej MPHTJ amat penting dalam menyediakan satu rangka yang boleh memberi contoh baik untuk Melaka.

Kita berhasrat untuk menjadikan MPHTJ mampu mencapai tanda aras menjadi sebuah Majlis Bandaraya dan perbandaran hijau serta mampan sejajar matlamat Melaka menjadi negeri Bandaraya Teknologi Hijau pada tahun 2023.

Saya berhasrat ingin menjadikan penanda aras berkenaan bagi membolehkan segala kekurangan dan kelemahan yang ada dilihat supaya penambahbaikan dalam pelbagai aspek dilaksanakan dalam menjalankan tugas berkaitan perbandaran. Ini penting untuk menjadikan kawasan kediaman dan bandar di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sentiasa bersih serta indah, di samping meningkatkan keharmonian juga kesejahteraan hidup penduduk setempat.

Saya mengajak semua warga kerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya agar dapat bekerjasama dengan saya, bukan bekerja untuk saya sepanjang saya menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini.

DATIN SAPIAH BINTI HARON
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

Talian Am 1 : +606 - 232 3773
Talian Am 2 : +606 - 232 2778

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 19 Julai 2024.
01798223
Today: 265

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)