Ingin Terbang di Tasik Ayer Keroh?

berita002

Aktiviti flyboard akan menjadi tarikan terbaharu paling unik bagi pengunjung yang datang ke Tasik Ayer Keroh di sini Mac ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.

Katanya kepada Utusan Malaysia, produk pelancongan itu bakal membolehkan pengunjung menikmati pengalaman menarik. Ini seperti menaiki roket serta terawang di udara bagaikan adegan dalam sebuah filem.

Beliau berkata, flyboard diperkenalkan kepada pengunjung selepas aktiviti sukan air di Tasik Ayer Keroh telah terhenti sejak lebih tiga tahun lalu. Flyboard ini mempunyai ciri keselamatan seperti jaket keselamatan, topi keledar dan ia dikawal oleh seorang kakitangan yang berada di atas bot lain.

"Sebelum pengunjung ingin menaikinya, satu taklimat keselamatan akan diberitahu bagi memastikan mereka mematuhinya. Memandangkan ia dijalankan di tengah-tengah tasik," katanya ketika dihubungi. Shadan menambah, pihaknya telah melantik sebuah syarikat untuk mengendalikan sebanyak tiga buah flyboard.

Katanya, produk itu diyakini bakal menjadi pisang goreng panas berdasarkan penerimaan masyarakat daripada ujian yang telah dijalankan baru-baru ini. Kadar caj yang akan dikenakan kepada pengunjung, perkara tersebut masih belum diputuskan lagi. "Pada masa ini kita sedang menyediakan pengkalan untuk meletakkan flyboard, bilik taklimat keselamatan dan kawasan persekitaran tasik mula diperindahkan," ujarnya.


 Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2022/02/terbang-di-tasik-ayer-keroh/

Pin It

qrcode mphtj.gov.myMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),
SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh,
Melaka Darul Azim, Malaysia.

Talian Am 1 : +606 - 232 3773
Talian Am 2 : +606 - 232 2778

e-Mel : admin@mphtj.gov.my

Waktu Operasi : Isnin - Jumaat (8:00am - 5:00pm)

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 19 Julai 2024.
01798197
Today: 239

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Statistik transaksi Pindahmilik Nama di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)