MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.

Apa itu Cukai Taksiran Harta

Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan / harta didalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV , Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Mengapa Cukai dikutip?

Cukai taksiran dikenakan bagi membiayai :

  • Keperluan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam dan prasarana seperti penyediaan kemudahan lampu awam, pondok bas, perhentian stesen bas / teksi, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar, jalan, parit dan sebagainya.
  • Perkhidmatan pembersihan perbandaran di kawasan perumahan / perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam melalui perkhidmatan pungut sampah, potong rumput, pengindahan bandar dan lain-lain.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan medan selera, lampu-lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama, kesemua ini adalah untuk menjamin kesejahteraan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan Hang Tuah Jaya.

 

Bagaimana Cukai Taksiran dibuat?

  • Cukai Taksiran dikenakan berdasarkan kepada nilai tambah dan kadar tahunan
  • Nilai tahunan dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.
  • Kadar taksiran yang di wartakan adalah berasaskan kategori gunatanah & kegunaan bangunan.

 

Contoh Kiraan

Jika sesuatu pegangan mempunyai :
Nilai Tambah : RM 600,000
Kadar Tahunan : 0.4 %

Maka, Cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut :
RM 600,000 x 0.4 % /100 = RM 2400.00 setahun

Pautan Laman