MENU

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah menyempurnakan Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2020 (CBCT 2020) pada 28 Julai 2020 selepas Mesyuarat Penuh MPHTJ Bil. 4/2020 di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, Melaka Mall.

Pada tahun ini, pembayar cukai taksiran yang mengemaskini maklumat telefon dan surat menyurat bagi tujuan penghantaran bil lebih tepat serta teratur layak memenangi cabutan bertuah iaitu Hadiah Utama sebuah Motorsikal Modenas MR3 110cc dan pelbagai hadiah sampingan berupa barangan elektrik serta telefon bimbit.  

CBCT 2020 yang bermula pada 1 Januari 2020 hingga pada 29 Februari 2020 telah berjaya mengutip hasil cukai taksiran semasa sebanyak RM16.5 juta dan kutipan tunggakan sebanyak RM 2.3 juta dengan penyertaan lebih 13,950 sepanjang tempoh program. MPHTJ mensasarkan kutipan bagi tahun 2020 untuk kutipan semasa cukai taksiran sebanyak RM21.8 juta manakala kutipan tunggakan cukai taksiran berjumlah RM4 juta.

Orang ramai adalah diingatkan supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan undang- undang seperti saman,sitaan dan lelongan diambil ke atas harta alih dan premis masing- masing.

Kepada pemilik yang ingin menjelaskan tunggakan cukai taksiran, pemilik layak diberi pertimbangan pengurangan notis lewat bagi bayaran secara penuh sebanyak 70% di mana- mana kaunter MPHTJ sehingga Disember 2020.

Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah dan kami menghargai komitmen semua pembayar cukai di kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya  secara konsisten.

Senarai nama pemenang cabutan bertuah boleh dilihat melalui pautan dibawah, 

Senarai Penuh Pemenang (Klik Sini)